Aktiviti

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39

Pada tanggal 26 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu, Persatuan ibu bapa dan guru SMK Dato' Klana Putra telah menjalankan mesyuarat agung tahunan kali ke-39 bertempat di Dewan Dato' Klana Putra. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu iaitu ketua sektor pengurusan sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. 





Sambutan ibu bapa pada mesyuarat agung kali ini adalah menggalakkan. Ibu bapa dapat meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat agung ini yang hanya dijalankan sekali setahun. Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah dan ibu bapa mempunyai hubungan yang rapat dan ia juga menunjukkan ibu bapa sentiasa memberi kerjasama yang erat dengan program dan aktiviti sekolah.


No comments:

Post a Comment