Persatuan ibu bapa dan guru adalah persatuan yang wujud di semua sekolah di Malaysia dan terikat dengan perlembagaan PIBG.
PERLEMBAGAAN
PIBG
PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH PERSATUAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KAEDAH A
Nama dan alamat
KAEDAH B
Maksud-maksud dan tujuan persatuan.
1. Maksud persatuan ialah :
1. untuk mengadakan sesuatu forum dan
perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid di sekolah atau institusi
pelajaran itu.
2. Untuk membantu dan menambah usaha
sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi
kehendak-kehendak dan
keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan
mereka.
3. Untuk membolehkan ibu bapa dan
guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu
bertukar-tukar fikiran dan maklumat
mengenai pelajaran pada amnya, dan
4. Untuk memberi peluang kepada
guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi
pelajaran itu berunding antara satu
dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf
pelajaran anak-anak mereka pada amnya.
PERLEMBAGAAN
PIBG
2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
1. untuk menentukan supaya murid-murid
di sekolah atau institusi pelajaran itu
memperolehi faedah maksimum daripada
kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
2. Untuk menentukan supaya murid-murid
di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang
perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah
mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi
pelajaran itu.
3. Untuk mewujudkan alam sekeliling
yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya
membolehkan murid-murid mencapai
perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan
jasmani.
KAEDAH C
Tempat diadakan mesyuarat.
KAEDAH D
1. Keanggotaan
Tiap-tiap ibu bapa dan guru guru adalah
diiktiraf sebagai ahli persatuan ini.
2. Jawatan Kuasa
PERLEMBAGAAN
PIBG
Wednesday, 10 December 2008 10:33 -
1. Satu Jawatan Kuasa mengandungi
pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat
agung tahunan :
a.Pengerusi
b.Timbalan Pengerusi
c.Setiausaha
d.Bendahari
e.Tujuh orang Ahli Jawatan Kuasa.
ii) Nama-nama untuk jawatan di atas
hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan
dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua
anggota AJK boleh dilantik semula
tiap-tiap tahun.
iii) Nama-nama kekosongan yang berlaku
dalam Jawatan Kuasa hendaklah dipenuhi oleh
Jawatan Kuasa dengan melantik seorang
ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga
Mesyuarat Agung Tahunan yang kan
datang.
3. Tugas-tugas Jawatan Kuasa
1. Tugas Jawatan Kuasa ialah
mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuan
dan membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan
tidak terkeluar dari dasar umum yang
ditetapkan oleh mesyuarat agung.
2. Jawatan Kuasa hendaklah mesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan
dan 14 hari pengumuman hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli.
3. Pengerusi dengan bersendirian, atau
tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan
Kuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa pada
bila-bila masa.
4. Tugas Jawatan Kuasa PIBG
1. Pengerusi hendaklah menjadi
pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat
jawatankuasa dan bertanggung jawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menanda tangani minit-minit mesyuarat apabila
telah diluluskan. Dalam masa
ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatannya
2. Setiausaha Kehormat hendaklah
menjalankan urusan persatuan menurut
perlembagaannya, dan melaksanakan
arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan
kuasa. Ia hendaklah menyimpan
minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal
mesyuarat, dan menyimpan semua
buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklah
menyediakan laporan unutk dibentangkan,
kepada mesyuarat agung dan minit-minit yang
berkenaan dengannya.
3. Bendahari adalah bertanggung jawab
berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan
bertanggung jawab diatas kebetulannya.
Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi
tiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu
haribulan Febuari* dan serahkan untuk di audit.
KAEDAH E
Pendapatan
Persatuan hendaklah menubuhkan satu
kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayar
semua derma atau sumbangan daripada
mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan,
dan kumpulan wang itu hendaklah
diuruskan oleh persatuan secara telus.
KAEDAH F
Kuasa bagi membelanjakan wang
persatuan
PERLEMBAGAAN
PIBG
1. Kuasa untuk membelanjakan wang
persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengan
syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
persatuan.
2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang
runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus
Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan
memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah
bank yang diluluskan oleh Jawatan
Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama
persatuan.
3. Segala cek atau kenyataan
pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda
tangani bersama oleh Bendahari,
Pengerusi dan Setiausaha
4. Tahun kewangan persatuan ialah 1hb.
Januari hingga 31 hb. Disember.
5. Semua urusan keewangan hendaklah di
lakukan secara telus. Urusan pembelian
melebihi RM500.00 hendaklah mendapat
kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu
sebelum pesanan pembelian di keluarkan.
KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan
Perbelanjaan Persatuan.
1. Akaun persatuan hendaklah diaudit
pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak
menjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka
hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalam
mesyuarat agung tahunan.
2. Penyata kira-kira yang telah diaudit
berserta salinan penyata akaun bank hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat
agung tahunan yang berikutan.
3. Satu salinan penyata kira-kira yang
telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agung
tahunan hendaklah dihantar kepada
Pendaftar Sekolah, Negeri.
KAEDAH H
Koram
1. Koram bagi mesyuarat agung hendaklah
tidak kurang daripada 24 orang ahli
(Bilangannya mestilah tidak kurang
daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa)
2. Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa
hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli
Jawatan Kuasa.
PERLEMBAGAAN
PIBG
KAEDAH I
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Tergempar
1. Kuasa persatuan hendaklah terserah
kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan
Mei.
3. Suatu Mesyuarat Agung Tergempar
hendaklah diadakan :
- Apabila difikirkan perlu oleh Jawatan
Kuasa.
- Atas permintaan bertulis oleh
sekurang-kurangnya 24 orang ahli persatuan dan
mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam
tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan
permintaan tersebut.
- sekurang-kurangnya 14 hari notis
hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan
mesyuarat agung tahunan dan
sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuarat
agung tergempar.
- Urusan mesyuarat agung tahunan ialah
menerima laporan Jawatan Kuasa dan Penyata
kira-kira yang telah diodit bagi tahun
yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan
menimbangkan lain-lain perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan.
- Urusan mesyuarat agung tergempar
hendaklah dihadkan hanya kepada maksud
mesyuarat itu diadakan.
KAEDAH J
Pindaan Perlembagaan Persatua
Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh
diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung tahunan.
Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan
hanya berkuatkuasa mulai daripada
tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu
dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah,
Negeri.
PERLEMBAGAAN
PIBG
KAEDAH K
Harta dan Amanah
1. Persatuan adalah mempunyai kuasa
untuk mempunyai, mengguna dan melupuskan
apa-apa harta alih atau harta alih yang
mana pada pendapatnya dikira kan memudahkan ia
menjalankan kuasa-kuasa dan
kewajipan-kewajipannya.
2. Empat orang pemegang amanah
hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan dan
mereka kan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan
diamanahkan semua harta takalih
kepunyaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskan
harta-harta itu mengikut cara yang
diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.
3. Pemegang amanah tidak boleh menjual,
menarik balik atau meukar harta kepunyaan
persatuan dengan tidak ada persetujuan
dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung
ahli-ahli.
4. Seseorang pemegang amanah boleh
dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan Kuasa
oleh sebab uzur kerana penyakit tidak
siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain
sebab yang menyebabkan ia tidak boleh
menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak
memuaskan. Jika berlaku kematian,
letakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang
pemegang amanah sebelum mesyuarat agung
tahunan maka kekosongan itu bolehlah
dipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga
pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam
mesyuarat agung.
5. Pemegang amanah yang dilucutkan
daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini,
berhak merayu kepada mesyuarat agung
yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.
KAEDAH L
Larangan
1. Persatuan tidak boleh memperluaskan
bidang kuasa kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan pekerjaan dan
syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di
sekolah
2. Persatuan tidak boleh menjadi
instrumen bagi menyelesaikan pertikaian atau
perkara-perkara lain yang bersangkutan
di antara persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau
PERLEMBAGAAN
PIBG
kakitangan sekolah atau Jabatan
Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri
atau Persekutuan.
KAEDAH M
Taksiran
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak
jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkara
itu hendaklah dirujukkan kepada
mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasa
mengenai perkara tersebut adalah
muktamad.
KAEDAH N
Pembubaran
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan
melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar
Sekolah, Negeri. Segala harta alih atau
takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan
kelulusan Pendaftar Sekolah, Negeri.
No comments:
Post a Comment